Bismillahi Rahman nirARahirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
Stress.
Bila sebut pun kita akan terasa tekanan dan himpitannya. Itulah
penangan stress. Stress bukanlah sesuatu yang perlu dilenyapkan dan
dihapuskan dalam kehidupan kita. Tetapi ia perlu ditangani dan diurus
dengan bijak dan betul.
Unik dan istimewanya kehidupan ini – ia diwarnai dengan pelbagai
situasi dan keadaan. Salah satunya ialah stress, tekanan dan himpitan.
Cuba banyakan hidup tanpa stress?
Kita akan menjadi bosan. Sekiranya hal ini berlaku, kerja dan
produktiviti kita merudum , tidak proaktif dan menurun. Namun, stress
ini perlu dibawah kawalan dan tidak boleh berlebihan serta membawa
mudarat.
Sebagai muslim, kita benar-benar yakin segala ujian, musibah dan
cabaran itu datang daripada Allah SWT. Imanlah yang akan menjadi tonggak
utama kepada penyelesaian setiap stress yang kita hadapi. Bertitik
tolak daripada inilah, kita harus tangani stress secara harmoni, penuh
pengharapan dan pergantungan kepada Allah SWT.
Ayuh kita semak,
petua-petua ini :
(1) Ubah wajah Stress secara positif
Langkah paling awal ialah mengubah paradigm kita tentang stress itu
sendiri. Katakan pada diri stress itu adalah sebahagian daripada diri,
jiwa dan kehidupan kita!
Nescaya, kita akan rasai sesuatu yang berbeza daripada orang lain.
Minda positif dan cara pandangan yang baik akan membawa kepada cara
berfikir yang mengharmonikan kehidupan ini. Sedarilah hakikat ini dengan
merenungi firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Sesungguhnya manusia dijadikan bertabiat resah gelisah.
Apabila ditimpa kesusahan dia berasa keluh kesah. Dan apabila mendapat
kesenangan dia sangat bakhil.”
( Al-Ma’arij 70 : 19-21)
(2) Mulakan hari anda dengan AMAD!
AMAD? Macam nama orang pula? Boleh berkenalan. :)
A = Al-Quran
Ma = Mathurat
D = Dhuha ( Solat Sunat)
Hari yang dimulakan dengan AMAD adalah hari yang sangat tenang,
bahagia dan mententeramkan. Ia berbeza dengan hari-hari yang berlalu
tanpa AMAD ini. Kerana apa?
Hati, jiwa, perasaan dan sanubari kita berhubungan kuat dengan Allah
SWT. Rabb yang melimpahkan segala ketenangan, cahaya dan kebahagiaan
kepada manusia. Tiada hari yang lebih baik, mulia dan berharga daripada
hari-hari yang jiwanya dekat dan hampir dengan Allah SWT.
Ingatkah kita dengan sabda Rasulullah SAW kepada Bilal RA yang bermaksud :
“ Wahai Bilal, tenangkan kami dengan solat.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ayuh, AMADkan diri anda!
(3) Kemas, susun dan atur tempat kerja anda!
Kekadang kita stress sebab kita serabut! Pandangan mata kita
diserabut dengan tempat kerja, kediaman dan suasana pejabat yang
serabut.
Jadi, langkah paling praktikal ialah kemas, susun dan atur segala
peralatan, kemudahan dan kerusi meja di temapat kerja kita. Kalau kita
pelajar, meja belajar mesti berada dalam keadaan yang menyenangkan.
Kata boss saya : “Pastikan meja tip top!.”
Cuba lakukan, dan kemudian nyatakan perasaan anda setelah semuanya kemas, bersih, tersusun dan teratur. Kongsikan ya!
(4) Gunakan haruman yang menyegarkan
Saya pernah hadiri satu kursus pengendalian dan mengurus stress.
Menariknya, salah satu cara yang diketengahkan dalam menghadapi stress
adalah melalui aroma terapi bau-bauan.
Secara fitrahnya, bau yang wangi, harum dan sedap dihidu dapat
memberikan ketenangan, kedamaian dan keharmonian kepada jiwa. Kerana itu
juga, salah satu perkara yang dicintai oleh baginda Rasulullah SAW
adalah wangi-wangian.
Saya cuba mengamalkan kaedah ini. Di bilik kerja, kediaman, kamar
tidur dan di dalam kereta saya akan letakan satu wangian yang dipanggil
lavender. MasyaAllah – kehidupan saya semakin nyaman dengannya.
Anda ingin cuba? Saya syorkan. Cubalah dengan wangian yang selesa dan sesuai dengan anda. InsyaAllah, itu ikhtiyar kita.
(5) Kikis dosa, bintik-bintik hitam di hati dengan TIM!
Salah satu, kesempitan dan himpitan hidup adalah akibat perbuatan
dosa. Dosa akan menyebabkan kita diburu oleh perasaan bersalah dan terus
bersalah. Akibatnya, stress hadir tanpa kita sedar.
Oleh itu, kikis dan buang dosa-dosa yang melekat dalam jiwa kita dengan TIM. Apa pula ini?
T = Taubat
I = Istighfar
M = Muhasabah
Kesannya? Kehidupan kita menjadi luar biasa. Hati tenang, jiwa
tenteram dan nurani begitu damai. Lihatlah ahli-ahli taubat, mereka
menghirup keharuman taubat di awal-awal pagi dengan solat taubat dan
akhirnya terpancar ketenangan di wajah mereka yang penuh berseri.
Tidakah kita teruja untuk menjadi seperti mereka?
(6) Kurangkan Gossip dan menjadi penunggu Gossip
Akhirnya, langkah ini adalah langkah yang tersukar. Gossip,
kata-mengata, menyebar fitnah atau budaya mengumpat tumbuh subur di
kalangan manusia. Realitinya, ia berlaku disemua tempat, kedudukan dan
masa.
Gossip adalah suatu perbuatan yang menyeronokan jiwa. Sekali terkena,
kita akan ketagih. Menjaja keburukan, keaiban dan kesalahan orang lain
sememangnya selari dengan kehendak hawa nafsu. Tetapi, ramai yang tidak
sedar kesannya kepada keharmonian jiwa?
Kita akan bersangka-sangka buruk kepada sesiapa sahaja.
Hati kotor dan semakin hitam kerana sebar gossip adalah suatu dosa.
Gossip memang best, seronok dan mengasyikan kerana ia disukai oleh jiwa manusia yang busuk.
Kerana itu, tanda jiwa kita bermasalah dan stress – kita sukakan
dosa. Dan salah satunya ialah menjaja gossip di mana-mana. Justeru, jika
terasa amat-amat tension, tertekan dan sebagainya : tanyalah dalam
hidup anda, adakah aku ini penggosip yang tegar?
Anda setuju?
Penutup : Hiduplah Dengan Hembusan Ketenangan
Jika dilihat balik, kita sebenarnya punyai pilihan sama ada untuk
hidup dalam keadaan tertekan atau dalam keadaan yang penuh ketenangan.
Kita diberikan pilihan.
Tiada siapa pun boleh memaksa kita.
Terpaksa, dipaksa atau sebaliknya – semuanya terletak dibahu kita semua.
Kita punyai hak untuk merasai ketenangan yang dijanjikan oleh Allah
SWT kepada semua manusia. Ketahuilah, ketenangan adalah hak milik semua
insan!
Jadi apa lagi, sama-sama kita urus stress dengan harmoni!
——-
Hati Bahagia + Ketenangan Di Jiwa + Hidup Senyum Sentiasa = Ia bagaikan hidup di Syurga!
Aku Hamba Allah..
Cari Cinta Ilahi Utamakan Akhirat. Genggam CintaNya shingga MEMBARA...
Thursday, 22 August 2013
Tuesday, 13 August 2013
Fenomena Sanggul Bonggol Unta
Assalamualaikum,sahabatku yng baik =D
EH! aPA Sanggul bonggol unta nihh. hah ! jom kami nak kongsikan :).
EH! aPA Sanggul bonggol unta nihh. hah ! jom kami nak kongsikan :).
hah. ini dai :) ikut syariat ye sahabat.
Meniti zaman moden ini, Kebanyakkan WANITA dan FESYEN tidak Dapat dipisahkan. (huhu.parah ni)
FENOMENA ini amat MENGGERUNKAN kerana setiap yng berlaku itu telah PERNAH dikatakan oleh Nabi Muhammad saw dalam banyak riwayat Hadis . Memetik sebuah hadis daripada kitab
SahihMuslim yang bermaksud :- Ada DUA GOLONGAN yng menjadi PENGHUNI neraka yng belum pernahku Lihat.Pertama,golongan (penguasa) yng mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu digunakan Untuk memukul orang. Kedua, PEREMPUAN YANG BERPAKAIAN TETAPI Telanjang, Berlenggang-Lenggok waktu Berjalan. Kepala(Sanggul diatas kepala) mereka bagaikan BONGGOL unta yng SENGETTTTTTT. Kedua-dua golongan ini TIDAK AKAN Masuk Syurga itu Mahupun Dihidu dari Perjalanan yng Sangattt Jauh .Nauzubillahiminzalik :'(
Cuba lihat, Golongan kedua itu. sapa? iaitu :'( wanita, perempuan,mahupun hawa :'(!
Sekarang sanggul seperti bonggol unta YANG SENGETT sdng melonjak naik.Allahu...Malah,sanggul palsu yng tinggi turut dijual di kedai-kedai.Apabila sanggul Dipakai dan Terlihatlah TINGGGI Mcm KLCC dibahagian atas kepala mereka . Apa yng akn Terjadi??
-Maka wujudlah~ Tudung akan kelihatan BERALUN-ALUN~~~ ketika berjalan atau Ditiup angin~,Eh! ingat model ke apa. kuikui~
-Konsep MENTUP AURAT telah bertukar kepada tujuan KECANTIKAN Dan MENCURI PERHATIAN Orng Ramai terutamanya Kaum Adam. :'(
-Inilah kesalahan yang TERBESAR . Inginkan PUJIAN?? BANGGA???.Hal ini Sangat Bertentangan dengan syariat Islam.
->Sesetengah kaum Adam melihat dngn Nafsu dan berkata''Cantiknya perempuan ni,nnti nk minta couple la,lepas seminggu break.NGEH3 '' :'(
=>malah,sesetengah kaum Adam yng len..''Apa benda bonggol unta depan ak nihh.sat lagi ada yng merasa kick laju2 dripda aku kang'' :3 .hihi.
Ayuh, Beringat-Ingatlah .Jadilah wanita yng diRedai oleh Allah.Tutup aurat dengan Sempurna Pasti Anda Selamat.Jaga diri.Iman.Hati.Pandangan.Solat.Pergaulan.dan jga Aurat !
Yang BAIK dtngnya Dripada ALLAH.Kekurangan itu dtng dripada sya. Sama-sama Muhasabah Diri,:) salamualaik. =D <3
Subscribe to:
Comments (Atom)



